Monday 31 August 2015

Kiosk Takoyaki 4774 beroperasi malam hari

Pengumuman...
Pengumuman...
Pengumuman...

Khas untuk peminat takoyaki lovers seluruh alam gitu...hehe lagi teristimewa untuk yg berada sekitar Semenyih & yg jarak dekat dengannya.

Dengan ini dimaklumkan:

In shaa Allah kiosk kami akan mula beroperasi mulai esok malam 1 September di kawasan Street Food berhadapan Tesco Semenyih.


Kiosk kami berada di antara Nasi Kukus Tok We yang tersohor di Semenyih dengan Santai2x D'Corner...so jangan x jumpa ya...hehe!!!

Jemput datang ye...
Jemput datang ye...
Jemput datang ye...

Irasshai...
Irasshai...
Irasshai...

Best Regards:
~Arisa Asira~
Fb:Arisahakusai Husain
®BisSSA Rich Solution(002276863-U)®

#UsahawanTakoyaki4774
#StreetFoodDeSemenyih
#OperasiNiagaMalam
#DepanTescoSemenyih

Sunday 16 August 2015

Rezeki sepagi

Alhamdulillah untuk rezeki pagi ini Ya Allah!!!

Repeat ode hari ke-4 dari kejirananku...kawan2x sekerja yg nak mkn...adik2x polis uuu!!!

#SyukurSokmo

Wednesday 12 August 2015

Testimonial sahabat dr TPS & BTK

Assalamualaikum...

Lagian testimoni...
Kali ini dari ;
1)Sahabat nego ambo geng wassap FOOD BIZ KAJANG SEMENYIH(FBKS)...Puan Zila san.
2)Sahabat kejirananku Villa Impiana,TPS...Hazmimi san.

Mereka ni regular customer...asik wat tayangan perdana kat fb...maka arakianlah masing2x x thn dek hati panahan cinta Takoyaki 4774...takoyaki ambo lerrr tu...hehe...


Bagaimana besar harapan mereka besar lagi harapan ambo untuk jadi pelopor produk HALALAN THOYIBBAN utk biz takoyaki ni dr golongan Bumiputra....muahhh ciked...tq my friends ya atas sokongan!!!

Minasan....domo arigatoo...honto ni domo arigatoo!!!

Sunday 9 August 2015

Cerita Inspirasi 1

Untung kasar RM 1,092,000 dengan produk RM1 sebulan ??
-------------------------------------------------------------------------
Asalamualaikum Semua.
Rasa nak sharing satu cerita yang saya dapat semalam.
Nak jadi cerita semalam anak Demam dan teringin nak makan Ayam Goreng. Jam pukul 9.30malam.
"Adik nak ayam peha tau baba".
Di dalam kehujanan saya pegi beli ayam goreng. Adalah ayam goreng depan rumah ni. Ayam goreng dia murah ja RM1 seketul tanpa sos apa-apa pun.
Sampai je kat gerai tepi jalan ni, tengok-tengok kepak ayam je yang ada. Adik yang duk jual tu cakap, kalau nak peha kena tunggu 10 minit.
Duduk lah tepi gerai tu tunggu dia goreng. Hujan renyai-renyai dan pelanggan pun takda yang menunggu. Try lah sembang-sembang dengan adik ni.
Ni antara perbualan saya dengan dia.
Saya: Banyak ke hari ni jual ayam ni?
Penjual: Hari ni sikit je bang, dalam 75 ekor je.
Saya: 75 ekor ni rasa boleh dapat berapa ketul?
Penjual: Ayam selalu potong 14-16 ketul.
Dalam hati saya nak try congak-congak.
Nak tau apa lagi cerita dia yang buat saya melopong.
Penjual : Setiap hari kami jual 3000 ekor dan ada 18 cawangan.
Saya : Gaji dia bayar komisyen ke gaji hari?
Penjual : Gaji saya dia bayar sehari RM70 + RM7 elaun makan. Kerja dari pukul 3 petang sampai 10 malam.
Saya : Ok lah tu, dah sama dengan orang kerja kerajaan dah tu.
Sambil dia buka plastik terakhir untuk digoreng. Dalam plastik tu ada 40 ketul setiap bag. Dia jual 25 bag plastik bersamaan dengan 1000 ketul @ RM1000/malam.
Cawangan yang paling banyak jual adalah 45 bag x 40 ketul = RM1800
Mai kita try tengok apa yang bos dia dapat untuk satu malam.
3000 ekor x 14 ketul = RM42000 !!!
Gaji pekerja RM77 x 18 cawangan = RM1386
Ayam harga ladang = ?????( saya taktau)
Bilangan hari beroperasi 26 hari (Jumaat Cuti)
RM42000x26hari = RM1,092,000 !!!! (Untung Kasar)
JUTAWAN AYAM GORENG.
Sapa yang pernah makan ayam goreng RM1 di Kedah ni mungkin tau nama gerai ni.
Tokey dia baru berumur 34 tahun dan perniagaan ayam goreng ni dikongsi dengan adik nya yang membuka gerai berasingan dan guna nama yang sama.
Tokey = 18 cawangan (3000 ekor)
Adik = cawangan berasingan cover sampai ke Perlis. ( Average 1000 ekor sehari)
Wallahualam. Ini lah serba sedikit tentang perbualan saya dengan pekerja Ayam goreng tu.
p/s : Kata kunci disini adalah Leverage ( Cawangan) dan Repeatation.
p/s/s : Doakan anak saya cepat sihat. Sebab kalau dia tak teringin nak makan ayam goreng tu kita tak dapat cerita ni. smile emoticon
Sapa yang dapat ilmu dari posting ni ucaplah ALHAMDULILLAH.

--Syahrizan Mahmood

~Copy n paste dari wassap group FBKS~