Wednesday 3 December 2014

Saba Shioyaki Recipe(Grilled Mackerel)

Assalamualaikum...

Resepi pertama untuk dikongsikan...simply best!!!




Saba Bakar...easy but oishii!!!

Jemput try...tukar menu Jepun ambo!!!
Cara Memasak Yang Sempoi;

Letakkan bahan diatas bagi sebati dgn ikan terus bakar sekejap sahaja di atas frying pan.

Elok dimakan dengan gohan(nasi Jepun),miso shiru(sup Jepun). Sedikan hidangan dengan lobak putih yg diparut halus,kubis juga carrot dicincang/slice panjang , hirisan lemon untuk diperah di atas ikan juga taburan daun bawang dipotong halus.

 
Best Regards;
~Arisa Asira~
012.4774 753
Fb:Arisahakusai Husain
Iron Chef Takoyaki 4774

Monday 1 December 2014

Cerita ceriti bab halal Takoyaki!!!

Asssalamualaikum...

Ohayo minasan(selamat pagi semua)...

Kalau nak cerita ceriti bab HALAL memang x abis rasanya...sebab topik ini begitu luas untuk dikupaskan dan sangat susah untuk kita bagi pemahaman kepada semua orang.

KENAPA???

PERTAMA...
Pemahaman HALAL bagi semua orang ISLAM sendiri itu tidak sama...ada yang sangat memandang berat...Alhamdulillah sekiranya kita tergolong dalam kelompok ini bermakna kita peka dengan apa jenis makanan yg masuk dalam perut kita...namun ada sekelompok memandang ringan....nauzubillah..moga saya tidak sesesekali terkategori kelompok ini.

Tadi semasa membuat carian lagi dan lagi berkenaan makanan dari Jepun ini yang saya dah terjebak dan sudah jatuh cinta dari dulu lagi pula kini dah tukar profesion jadi penjual bahan takoyaki jadi sudah tentu kami perlu lebih peka tentang bab HALAL ini.

Pengalaman 3 tahun dibumi sakura dari Oktober 2004-Spetember 2007 sangat memberikan pengalaman untuk menafsirkan bab HALAL iini dengan lebih terperinci...iyalah sebab kami di negara bukan ISLAM...sudah tentu cabaran sangat besar untuk memastikan yg makanan syuhbah dapat dielakkan kalau boleh SIFAR.

Cuma hari ini semestinya fokus bab HALAL TAKOYAKI.

Foto carian dari Pak Google...


Pengalaman seorang anak rantau dari negara Jepun ini mungkin boleh dijadikan panduan kita...sekurang2xnya kita maklum bagaimana untuk meletakkan diri kita bila berada di negara orang & pengalaman itu kita bawa balik ke negara kita supaya jadi insan yang lebih peka tentang bab HALAL...ini jugalah pengalaman kami...agak sama tapi ini dari sudut pandangan beliau...moga dapat sama2 kita jadikan rujukan untuk lebih pemahaman.

Rujukan:
1)http://ilhamusafir.blogspot.com/2011/01/kisah-tentang-takoyaki-lagi.html

Begitulah apa yang kami kutip pengalaman di negara orang...kita perlu alert terperinci kandungan bahan semasa membeli apa jenis makanan bahan mentah mahupun yang siap...kalau untuk TAKOYAKI apa yg ada dalam tepung juga sos malahan lemak atau minyak yang digunakan untuk membakar takoyaki juga...tidak kira kita di luar negara mahupun dalam negera...jadilah umat ISLAM yang prihatin bab ini...moga makanan syubhah dapat dielakkan sebaiknya!!!

Nantikan juga kisah2x & pengalaman menarik saya dibumi sakura termasuk resepi dari sana kerana kami memang penggemar Japanese Food aka Nippon Ryori....akan saya kongsikan sedikit demi sedikit.

Untuk hari ini sekian,kita jumpa dilain waktu...matta ne!!!